TS – Terlalu banyak tanda-tanda yang kita bisa lihat tetapi untuk ringkasan ini,anda boleh menilainya sendiri. Wanita sering diartikan sebagai wanita yang sangat pemalu,contoh ini boleh di ambil di dalam kisah-kisah zaman dahulu tetapi semalu apapun wanita itu, mereka tetap menginginkan seorang pria idaman hati dalam membangun hingga ke mahligai rumah tangga. Berikut beberapa tanda-tanda wanita menyukai laki-laki.
Pertama, Dia akan mencoba mencari cara untuk mendekati anda. Misalnya dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
Kedua, Dia sering melakukan kontak mata dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat keanehan mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu berarti dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.
Ketiga. Ketika dia berada didekat anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya maupun dengan jari nya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi memerah. Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda berbicara.
Ke empat, Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak dia akan mencoba berada dekat dengan anda.
Lima, Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
Ke enam, Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
Tujuh, Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
Delapan, Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan atau mungkin bertanya tentang filem terbaru.
Sembilan. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu menelusuri profile anda di facebook.
Sepuluh, Dia akan mencoba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan berusaha menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi teman ketika anda susah maupun senang. Dia akan mencoba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kurang dalam dirinya.
Sebelas. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loyal, itu bermakna dia sangat mencintai anda.